"Destination: Maldives" Actually cerita ni dah lama aku nak cerita dalam blog ni since selesai majlis perkahwinan ku lebih kurang 5 bulan dulu. Due to aku yang sibuk memanjang and streamyx rumah aku yang macam palat slownya... aku malas btol nak update blog ni. Finally thanks to tips-tips kat google macam mana aku nak kasi laju streamyx di rumah, aku berjaya melajukan connection Internet kat rumah ku dengan jayanya. Yehaaaa !! Right after majlis perkahwinan sebelah lelaki di Laguna Park 23hb Ogos tahun lepas, dua hari selepas majlis tersebut aku dan isteri ku telah pergi bercuti honeymoon. Ke mana? Aku pilih kepulauan Maldives. Yaaaa... pulau tu merupakan pulau peranginan idaman aku sejak kecil lagi. Dulu aku dok tengok dalam gambar jer and finally, aku berjaya jua menjejakkan kaki dalam air yang jernih di kepulauan tersebut. Tanggal 25hb Ogos 2008, parent ku menghantar kami ke airport. Aku check-in bag kami untuk flight MH189 ke Male, Maldives. Tak sabar btol kami berdua nak sampai Maldives. Looking forward sejak berbulan lamanya. Perjalanan 5 jam ke sana macam sekejap jer rasanya. Wife aku tido sepanjang flight. Aku plak? Boring... borak ngan crew and best thing happened sepanjang kerjaya ku sebagai flight crew, ada plak malaun bergaduh dalam cabin. Bertumbuk-tumbuk sampai kita orang tangkap dia and ikat dia ngan gari flexible. Hahahahahaha !! Padan muka ko... tak pernah-pernah jadi camni, time aku nak honeymoon plak jadi. Best !! Bila kita orang sampai Maldives, ada guest officer yang menjemput kami di airport and terus bawa kami ke hotel sebelum membawa kami naik boat untuk ke pulau Bolifushi di kepulauan Maldives ni. Kenapa Bolifushi? Aku kaji kat Internet, pulau tu kecik and tak ramai orang. Best for honeymooner. Speedboat yang transfer kami berdua ke pulau Bolifushi sungguh pantas. Mana taknya... engine 200hp 2 bijik kat boat yang tak beberapa besar. Mencanak dia lari. Aku clocked speed melalui GPS aku, boat ni bergerak dalam sekitar 70km/h. Kira laju ah bagi sebuah ferry. Dari jauh kelihatan sudah pulau Bolifushi yang aku tuju. Pulau yang kecil, kalau korang jalan kaki keliling pulau, dalam 10 minit dah keliling satu pulau. Perfect untuk honeymoon, tak bley lari mana, tak de benda nak shopping. Just aku dan wife. Hehehehe... Bila sampai di pulau Bolifushi tu... aku ngan wife aku tergamam seketika. Wife aku dah jerit-jerit tengok air, jakun tak terkata. Hahahahahaha !! Mau tak? Aku pun jakun... punyer ah jernih air yang berada kat pulau ni. Even kat airport pun dah jernih airnya, ini plak kat pulau peranginan depa. Untuk honeymoon aku dan wife, aku tempah water villa selama seminggu kami berada di sini. Amacam? Hehehehehehe... best !! Korang tengok jer ah gambar kat bawah and atas ni. Gambar kat atas merupakan kelompok water villa yang aku sewa dan kat bawah ni plak merupakan gambar dari water villa yang aku sewa. Setiap unit banglo ada tangga sendiri untuk korang turun ke air laut kat bawah. Basically korang tido atas air ah... ahahahahahah !! 
Gambar kat bawah ni adalah gambaran dari sisi belakang Water Villa kami... Bila time nak time senja, korang boleh tengok satu permandangan yang indah dengan dengar bunyi ombak yang memukul pantai. Layan giler... hahahahaha !! Bab makan plak Maldives ni tak de masalah untuk orang Islam sebab penduduk kat Maldives ni 99% rakyatnya beragama Islam. Makanan semua ditanggung-halal. No worries... and kalau korang pi mancing and dapat ikan, depa akan masakkan ikan yang ko pancing tu dan hidangkan kat korang berdua kat tepi pantai, private by the beach candle light dinner. Honeymoon? Silalah pergi Maldives... aku tak tipu sebab aku dah sampai. Best !! |