"Anak Abang Joe kahwin lagi?" Tadi... aku dijemput ke rumah Abang Joe. Abang Joe ada buat makan-makan. Aku dijemput datang awal untuk mengambil gambar. Standard ah, bila ada makan-makan ni... mesti ada function punyer kat rumah dia ni. And function yang Abang Joe buat kali ni adalah upacara cukur jambul. For reader info, cukur jambul ni merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia selalunya dibuat 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang atau belum sihat. Aku sampai kat rumah Abang Joe tepat jam 11 pagi, and aku notice orang-orang caterer sedang sibuk menyiapkan persiapan makanan, aku masuk kat dapur rumah Abang Joe... ramai kaum perempuan dok sibok menyiapkan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang nanti. 
And time ni... Jija sibok mengangkut anak Abang Joe yang kedua sana sini and finally meletakkan anaknya kat atas mini pelamin yang telah disiapkan. Heh !! Mini pelamin huh? Hahahahahahaha !! And tatkala sibuk-sibuk si Jija adjust si Arshad ni untuk diambil gambar... datang pula anak Abang Joe yang pertama, Hussein. Hahahahahaha !! Cute sungguh !! Sibok nak bergambar sama. Dan tak pasal-pasal lepas tu... sibuk plak mak bapak dia nak bergambar... Hahahahahaha !! Syukurlah... 
Whatever lah kan... lantak depa ah... Citer pasal cukur jambul lagi... Antara acara semasa majlis cukur jambul ialah menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama-sama dalam kenduri tersebut. Ayam tidak boleh dijadikan aqiqah. Sebut pasal kambing... Abang Joe kita telah menyediakan juadah yang best !! And one of it merupakan Nasi Mandy Hadramaut. Tengoklah gambar kat bawah... 
Menarik kan? Aku makan 2 pinggan... hahahahahahah !! Sodap !! Ok ok ok... cukur jambul ni tak cukup dengan buat Aqiqah jer. Bacaan Barzanji atau Marhaban, satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi Muhamad takkan cukup upacara ini kalau Marhaban ini tak diselitkan. Marhaban dilakukan oleh barisan-barisan ustaz, imam dan kaum bapa. Selalunya ianya dilakukan oleh kaum ibu... tapi ada dikatakan ini adalah perbuatan bida'ah sebab zaman nabi dulu tidak dilakukan sedemikian rupa, dan sama sekali tidak ada kelapa digunakan untuk meletakkan rambut bayi yang telah dipotong. Arshad Hamidi, anak Abang Joe ini didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca Barzanji di ruang anjung rumah Abang Joe ini... dan secara umumnya, beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam, ketua kampung dan bomoh akan merestui dan mengusap jambul atau kepala bayi tersebut. Dalam kes ini, aku tengok semua orang macam penting jer. Hahahahahhaa !! Semuanya dok cium jer anak Abang Joe ini. Habis dicukur... sambung giliran kaum ibu memotong rambut si Arshad... aku tengok kaum-kaum ibu ini memotong dengan mulut kot. Berapa punyer bising daaa? Hahahahahahaha !! Meriah sungguh sekali !! Kaum ibu lagi berjaya membisingkan rumah Abang Joe ini dengan mulut mereka. Peluk lah... cium lah... amboi comei comei... rambut seurat pun tak potong gak. Hahahahahaha !! Syukurlah... tatkala mereka sedang sibuk ingin memotong rambut Arshad, aku terlihat isteri ku juga sibuk mengambil gambar orang ingin memotong rambut Arshad !! Cak !! Nampak dia.... Akhir sekali, imam mengakhiri majlis ini dengan tahlil untuk mereka-mereka yang sudah tiada dan bacaan doa. Aminnnn... 
Standard ah... lepas doa, makan time ah. Indirectly, upacara ini merupakan reunion untuk kami semua. Kalau tak de upacara ini, tak de chance ah nak jumpa kawan-kawan lama. Makanan yang disediakan oleh Abang Joe memang sedap. Ada Nasi Mandy, ada nasi putih lauk-pauk... ada ABC, ada Laksa Utara pun ada gak !! Kebab and roti-roti... basically, lebih kepada makanan Arab yang sedap. Syukurlah... aku kekenyang sampai sakit perut kenyang sangat !! Hahahahahaha !! 
Hehehehehe... by the way, aku ternampak seseorang... big boss aku !! Boss aku ada sini daaa... Halo boss !! Syok makan kambing? |