"Isz Zara Alyssa" Menurut kata pakar sakit puan wife aku... Dr. B.K. Tan yang mana aku dan isteri berjumpa berbelas kali aku rasa, budak dalam perut wife aku ni due to keluar dalam sekitar 22hb Mei 2009. Last call pun seminggu selepas 22hb Mei, camner pun mesti mau keluar dari perut. Excited giler menunggukan bayi yang dikandung dalam perut tu keluar. My previous blog entry menceritakan pasal sakit perut, sakit perut wife ku macam nak beranak. So 5 hari awal dari due date... but standard ah, anak pertama, mesti awal punyer. Kalau tak awal pun, confirm lewat sampai kena induced keluar. In my case, anak keluar awal and cerita pengalaman ku berbunyi macam ni... Gambar kat atas merupakan saat bersama isteriku sewaktu dia baru sahaja dihantar naik ke ward bersalin dan menunggu masa untuk melahirkan zuriat sulung ku... Wife aku was admitted to ward on Sunday, 17th May 2009 lebih kurang pukul 10 pagi. Keputusan yang diambil untuk pergi ke hospital dibuat sebaik sahaja aku ternampak air ketuban sudah meleleh adalah tepat... and sebaik sahaja sampai di hospital, kat kaunter Emergency, doktor yang berada disitu tak banyak cakap... terus mengarahkan all the nurses kat situ menyediakan apa yang patut, and one of them amik kerusi roda and membawa isteri ku pergi masuk ke bilik bersalin. Sementara itu, aku diarahkan untuk terus membuat registration kemasukkan ward. Setelah selesai registration, which is setelah aku kena bayar deposit pendahuluan sebanyak sejumlah wang... kiwak, blom apa-apa sudah mintak duit ka? Inilah business namanya... Hahahaha... Aku terus naik ke tingkat dua kat mana bilik bersalin dikatakan berada. Pa bila ku sampai sana, and bila di check oleh nurses and finally doktor... memang sudah confirm, anak aku sudah mau keluar but pintu rahim masih blom terbuka. Ok... dari sini bermulalah episode pertarungan nyawa menahan sakit setelah doktor memberi pil mempercepatkan process pembukaan pintu rahim. 
Bilik yang ku tempah untuk isteri ku... bilik 246, aku tak sangka yang kami akan duduk dalam bilik ini selama 4 malam... hehehehe... syukurlah. Bak kata Abang Joe pada ku sebelum ini... proses beranak ni adalah waiting game yang mana ko kena sabar dan tabah. Yup !! True enough... dari pagi Ahad pukul 10 wife aku duduk dalam bilik 246, menahan sakit contraction dan finally tumpah darah sampai time 7 pagi hari Isnin sebelum dia dibawa ke bilik bersalin yang mana doktor pakar dan bidan-bidan menunggu untuk stage seterusnya. Aku agak kecewa dengan sikap nurse-nurse muda di ward bersalin ini semasa malam hari isteri ku sakit hendak beranak... 5 jam sampai dia tumpah darah, not even single nurse masuk and check keadaan isteri ku. Hal ini membuatkan ku mengamok pukul 4 pagi hari Isnin di ward bersalin... ye ah, dah ah hospital bayar, and bayar pun agak mahal, ini service depa kasi kat family aku, mau aku tak mengamok. 2 ekor nurse nak tak nak... kena dengar leteran ku yang agak pedas pagi buta sebab makan gaji buta, dok kat counter sms boyfriend and satu lagi, layan tido. Gonjol !! Sapa tak sayang isteri oiiii. And because of that... apabila pagi pukul 8 doktor datang membuat pemeriksaan, dia agak terperanjat kenapa dia tidak dipanggil lebih awal sebab isteri ku sudah tumpah darah. Semua senior midwife juga terperanjat ngan keadaan isteri ku. Aku ngan isteri ku mana tau apa-apa. Macam mana diarah, macam tu lah kami follow... sebagaimana diarahkan oleh nurse awal pagi hari... tumpah darah tak apa-apa katanya. Fucker !! If only I knew benda itu serious, sure kena penampar Jepun dari ku. Doktor check and found out, pintu rahim still tak buka habis and surprise !! Ada najis anak ku bersama air ketuban... without delay, doktor pakar ku itu terus membuat keputusan untuk menyelamatkan ibu dan anak. Isteriku salam mintak maaf sama ku... and terus dia dibawa pergi ke dewan pembedahan. Aku agak terkilan sebab aku tidak dibenarkan masuk untuk melihat semua process kelahiran puteri sulung ku. Kata doktor, ini adalah emergency... whatever lah kan, aku tetap terkilan. Isteriku ditolak masuk ke dewan pembedahan pada jam 9:30 pagi lebih kurang... aku cuma boleh melihat dia ditolak masuk. Aku tunggu punyer tunggu... dalam pukul 10 pagi, partner simulator aku, saudara Ahmad Zulkarnain... datang menemani ku di bilik tunggu. Dia suruh aku banyak bersabar... ya ya ya. Aku bersabar ini. Tak sabar aku nak tau apa result mereka kat dalam. Jam 10:50 pagi... sorang bidan memanggil ku, dia kata anak aku dah selamat lahir... Yehaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!! Alhamdulillah !!! Syukurlah... 
Gambar kat atas ni merupakan gambar anak sulung ku sewaktu baru sahaja dilahirkan and dibersihkan... Midwife tu menolak troley anakku ke arah ku... aku macam tak percaya apa yang aku lihat. Fuh !! Aku dah ada anak... macam ni lah rasanya seorang bapa. Macam ni lah perasaan seorang yang ada anak... baru aku mengerti. Lihat mata dan dahi luasnya... ahahhaahahahahaha !! Confirm copycat dahi dan mata aku. Bayi perempuan ini, aku namakan Isz Zara Alyssa Binti Iskandar Zulkarnain. Lahir dengan berat 2.8 kilogram, panjang 44cm dan lahir pada 18hb Mei 2009 pada jam 10:23 pagi. Syukurlah... 
Setelah vaksin diberi... nurse memanggil ku untuk buat apa yang patut. Aku qamat kat telinga kirinya dan bersyukur kehadrat illahi dengan pemberiannya. Setelah itu, aku beri dia sedikit air zam-zam dan leyetan kurma nabi untuk mengambil berkat. Aku sudah ada daaa.... Macam tak percaya jer yang aku sudah ada anak. Citer punyer citer pasal anak, ibunya plak? Yaaa... ibunya masih lagi dalam dewan pembedahan sewaktu anakku ditolak keluar dan diberi kepada ku. Time itu, perut isteri ku masih lagi belum dijahit. Ikut kata isteri ku lah... Isteri ku masuk ke ward pada jam 12 tengahari, dan alhamdulillah, she doing great and good. Aku terus ke surau selepas semua ini untuk sujud kesyukuran... Syukurlah... 
Gambar kat atas ni merupakan gambar aku bersama isteri ku yang tabah, yang kuat, yang ku cintai... sedang makan bubur yang disuap oleh ku semalam selepas selesai pembedahan perutnya. Syukurlah kamu ingin makan bubur akhirnya...  Begitulah kisahnya... isteri dan anakku selamat... 4 malam aku bermalam di hospital, 5 hari berjaga... sebabkan semua ini, aku rasa aku berada dalam keadaan yang lebih bertanggungjawab. Nak lagi best, dalam hari-hari isteri ku di hospital menahan sakit beranak ini, aku sempat jua pergi ke simulator untuk training kapal terbang baru yang bakal ku bawa satu hari nanti. Ya !! Payah tak payah ah... kepala ingat anak isteri di hospital, sebelah otak aku ingatkan simulator, sebelah otak lagi menyuruh ku berehat dan tidur. Syukur alhamdulillah, aku pass untuk session itu. Rezeki anak... Isteri dan anakku discharge dari hospital ini pada petang hari Khamis 21 Mei 2009, jam 6 petang... aku bersyukur sebab semuanya telah selesai dan kami semua boleh pulang ke rumah. Apa yang aku ingin simpulkan pengalaman ku ini... hospital ini doktor-doktor pakarnya tersangatlah bagus, tapi service semuanya out. Dari nursing, ke keadaan bilik yang teruk dan agak kurang selesa, sampailah ke keadaan makanan yang diberikan kepada pesakit dan finally, proses pembayaran yang tak betol, kurang cekap dan bil yang tidak terperinci... and bila aku tanya lebih-lebih... cashier tu buat muka tak puas hati ngan aku. Memang mau cari gaduh. Sebabkan aku bergaduh dan berkeras, bil baru dibuat dan memang btol, depa ada buat silap dalam pengiraan bil. Sebagai contoh... sekali doktor visit depa charge RM60. Dia kata doktor datang visit 8 kali, sehari doktor datang visit pagi dan petang. Macam mana bil boleh jadi RM520? Doktor datang 8.67 kali kah? Datang check anak aku pukul 9 pagi. Bengong... anak aku keluar perut pukul 10:23 pagi. Itu antara mistake dalam billing depa buat, and banyak lagi yang malas aku nak cerita. Aku tak nak sebut hospital mana di sini... hospital ni boleh katakan famous and berjaya. Korang pandai-pandai ah cari sendiri. Tak dapat gak? Contactlah aku. Email ada... Maybe it takes time untuk depa maju lagi setapak, sebab depa baru jer amik alih hospital ini daripada management yang lama. Hopefully depa berubah. Kalau korang mintak pendapat aku... aku akan cakap, aku tak recommend. Doktor-doktornya bagus, tapi service lain kurang memuaskan dengan jumlah wang yang ko bayar nanti. Renungkan... 
Sekarang... seminggu sudah berlalu... aku sudah ada family. Dahulu berdua, sekarang bertiga. Aku rasa dengan kehadiran anak ini membuatkan hidup aku lebih bermakna, lebih happy and lebih bertanggungjawab. Kepada semua yang telah datang melawat, memberi moral support dan menghiburkan hati isteri ku dan aku di hospital, aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga... terutama kepada family-family ku, mak ayah, pak mertua mak mertua, adik-adik dan cousins. Tak lupa kepada kawan-kawan yang datang memberi support... Abang Joe, Dr. Afendi, Ahmad Zulkarnain sim partner ku yang banyak member moral support dan menemani ku sepanjang proses kelahiran anakku dan batchmate ku Jain... yang datang melawat dan memberi hadiah berupa stroller jenama Quinny. Terharu siot !! Aku tau bukan murah hadiah itu. Terima kasih semua. Apa-apa pun... syukurlah... |