| | "Best Birthday Gift Ever !!"
Setelah sekian lama aku tak tulis blog, finally... aku mau hebahkan kepada dunia kelahiran anak kedua ku. Nama telah diputuskan, dan aku namakan anak aku... Isz Zafeer Imran Bin Iskandar Zulkarnain. Lahir tepat pada waktu aku post blog ini... 26hb Januari 2011 tepat pada jam 12 tengahari, anak yang baru dilahirkan ini share sama birthdate dan time lahir ngan aku. Yaaa... btol, tak tipu.
Lahir dengan berat 3.17 kilograms... melalui "tingkap" method sebab terbelit 2 kali kat leher macam kakaknya Isz Zara Alyssa Binti Iskandar Zulkarnain. Wife tercinta aku dan anak sihat walafiat dan selamat. Dengan peralatan yang cukup, aku ke OT dan tangkap beratus-ratus gambar serta video untuk kelahiran anak lelaki aku yang pertama ini. Dan hasilnya seperti di bawah... saksikan.

Yehaaa... that's my boy. Coming out slowly and steady. I love this shot !! Gambar ni diambil selepas perut isteriku dipotong, dan kepala anak ku telah kelihatan dan dibawa keluar oleh tuan doktor yang cekap. Syabas !!

Haha !! Itu dia... patut ah tak nak kuar ikut laluan normal. Mau jua ikut tingkap. Tali pusat terbelit kat kepala 2 kali dan menjerut. Syukurlah anda selamat.
Sekian buat masa ini, aku nanti updatekan yang terbaru dan letak semua gambar yang berpatutan. Penat sangat badan ini. Salam mesra dari kami sekeluarga di DEMC Shah Alam. Syok dapat hadiah birthday paling mahal dalam dunia nih... SYUKURLAH !! |
| | Posted 1/26/2011 1:55 PM - 609 Views - 2 eProps - 3 comments
Give eProps or Post a Comment |